Sistem pengoperasian windows terkini telah memerlukan pengguna mendaftarkan perisian mereka melalui Internet ataupun melalui telefon.Harga perisian Sistem Pengoperasian Komersial adalah tinggi jika dibandingkan dengan harga komputer itu sendiri.
Kos yang tinggi ini banyak menimbulkan masalah kepada pengguna persendirian dan juga pengguna yang menyediakan kemudahan secara tanpa keuntungan.
Ramai juga yang telah menemui kebuntuan samaada hendak menggunakan perisian yang ori yang mahal ataupun menggunakan perisian yang murah tetapai tidak ori.
Wujudnya sistem pengoperasian percuma yang kita boleh gunakan tanpa was-was. Sistem Pengoperasian tersebut dinamakan ubuntu disebut oo-ban-tu.
Ubuntu adalah satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server).
Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan jaringan dan alat-alat pengaturcaraan.
Sistem pengoperaian yang berasaskan linux ini yang telah dibangunkan di Afrika boleh dimuat-turun di www.ubuntu.com.

















0 comments:
Post a Comment